Penyu menangis siapalah tahu... - Utusan Malaysia

Penyu menangis siapalah tahu…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 April – Kekalahan ketiga berturut-turut yang dialami Terengganu dalam saingan Liga Super nyata sukar diterima oleh penyokong.

Semalam, anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim itu tumpas 0-3 kepada Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, sekali gus meletakkan mereka ke tangga kelapan liga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad Penyu sebelum ini tumpas 0-1 kepada Selangor di Stadium Shah Alam pada 29 Mac, diikuti kekalahan mengejut 1-2 kepada PKNP FC di laman sendiri pada 6 April.

Kecewa dengan prestasi  pasukan kesayangan mereka, Facebook penyokong Terengganu iaitu  Terengganu FC memuat naik lirik lagu Allahyarham Sudirman, Penyu Menangis untuk meluahkan kesedihan yang dirasai ketika ini.

“Penyokong Terengganu boleh hafal lagu ini (Penyu Menangis),” sambil menyertakan lirik penuh lagu berkenaan beserta gambar seekor penyu sedang menangis.

Facebook Terengganu FC yang mempunyai lebih 230,000 pengikut turut menyindir kekalahan pasukan itu dengan menulis: “Benda boleh kalah, buatpe nak menang”.

Dalam aksi tersebut, ketiga-tiga gol Lang Merah disumbangkan oleh Jonathan Bauman, Zaquan Adha Abd. Radzak dan Fernando Rodriguez. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini