LBS unjur jualan RM383 juta - Utusan Malaysia

LBS unjur jualan RM383 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – LBS Bina Group Bhd. (LBS) telah merekodkan jualan berjumlah RM383 juta tahun ini, antara lain dipacu oleh projek perbandaran terbaharunya, Kita @ Cybersouth di Dengkil di sini.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, syarikat kini berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai sasaran jualan berjumlah RM1.5 bilion untuk tahun 2019.

“Kami mempunyai 15 projek yang sedang dalam pembangunan dengan melibatkan nilai pemba­ngunan kasar berjumlah RM3.5 bilion.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada jumlah tersebut, nilai keseluruhan unit yang sedia untuk dijual adalah sebanyak RM1.06 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis memperkenalkan Kita @ Cybersouth di galeri jualan LBS di sini semalam.

Kita @ Cybersouth merupakan projek perbandaran ketiga LBS, dibina atas tanah rizab Melayu berkeluasan 256.16 hektar dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM7 bilion.

Pembangunan tersebut me­rangkumi pembinaan rumah teres, rumah bandar, pangsapuri perkhidmatan, kedai dan unit komersial yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lapan hingga 10 tahun.

Menurut Hock San, fasa pertama dan kedua pembangunan Kita @ Cybersouth iaitu Kita Bayu yang terdiri daripada 379 unit rumah teres dua tingkat dan 698 unit rumah bandar telah menerima sembutan baik sejak pelancaran awal pada November tahun lalu.

Sehingga kini, 99 peratus daripada unit rumah teres dua tingkat telah berjaya dijual manakala kediaman rumah bandar telah dijual sebanyak 39 peratus.

Jelasnya, LBS bakal melancarkan fasa baharu, iaitu Kita Harmoni pada minggu hadapan merangkumi 674 unit rumah teres dua tingkat pada harga bermula RM560,000.

“Kami juga akan melancarkan Kita Impian, yang menawarkan 964 unit pangsapuri servis yang berharga bermula daripada RM250,000 dengan keluasan binaan antara 551 kaki persegi (51.18 meter persegi) hingga 901 kaki persegi (83.70 meter persegi) bulan depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini