MUAFAKAT. Seramai 200 kakitangan syarikat Flextronic Shah Alam Berhad cawangan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Johor mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong di Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, baru-baru ini.
Program yang bermula pukul 7.45 pagi itu dirasmikan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd. Fadzlan Mohd. Zin.
Gotong-royong itu turut disertai anggota Unit Pengurusan Fasiliti Kejora, Balai Polis Teluk Sengat dan Cawangan Perol, Perkhidmatan dan Komuniti Kota Tinggi.
Memuatkan artikel berkaitan…











