SEMPENA sambutan ulang tahun ke-25, Kenny Rogers ROASTERS (KRR’s) menawarkan hidangan kombinasi cita rasa Timur dan Barat menerusi pengenalan sajian Kenny’s Anniversary Meal. Hidangan istimewa itu diadun dengan sos ayam oriental BBQ dan western twist.
Adunan sos tersebut melengkapkan sajian ayam panggang KRR’s. Antara ramuan bagi menghasilkan sos unik itu adalah madu lebah yang pekat dan sos barbeku kacang soya yang menerima sentuhan oriental.
Ekstrak jus semula jadi daripada ayam panggang dan rasa manis daripada sos karamel salai pasti akan memberikan kepuasan sepanjang menikmati hidangan tersebut. Terdapat dua pilihan sajian bermula pada harga RM25 dan ke atas. Hidangan ulang tahun itu terdiri daripada:
- Kenny’s Anniversary Meal @ RM25 – 1 Oriental BBQ Quarter Chicken dengan dua hidangan sampingan iaitu semangkuk sup ayam dan cendawan Kenny’s, satu senduk ais krim dan satu gelas teh lemon ais.
- Kenny’s 25th Anniversary Family Feast @ RM78.80 – 1 Oriental BBQ Whole Chicken dengan dua hidangan sampingan, empat muffin Kenny’s dan 1.5 liter Coca-Cola Klasik.
Sementara itu, mulai 25 April 2019 dan ke atas, pengguna boleh mendapatkan kad edisi terhad sambutan ulang tahun ke-25 KRR’s di semua restoran makanan tersebut dengan mengaktifkannya menerusi pembelian minimum bernilai RM100 bagi layak menerima set straw keluli premium dan dua e-baucar. E-baucar itu membolehkan pelanggan membeli dua
Kenny Quarter Meals pada harga RM25 dan menebusnya untuk mendapatkan Nasi Lemak Solo secara percuma.
Pemegang kad keahlian KRR’s juga boleh menikmati pembelian kedua Kenny Quarter Meal pada harga RM2.50 pada setiap 25 hari bulan dan 31 hari bulan sepanjang 2019.











