Azlina mampu jana pendapatan empat angka sebulan - Utusan Malaysia

Azlina mampu jana pendapatan empat angka sebulan

NOOR AZLINA Abd. Khalip menghasilkan kek menggunakan bahan premium.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Taip la.delight di laman sosial instagram (IG), pantas jemari anda mahu melihat lebih banyak gambar kek tersedia di situ. Aneka rupa kreatif dan cantik ditawarkan, sudah pasti mengundang selera kita untuk membeli. Pengasasnya, Noor Azlina Abd Khalip, 47, berkata minatnya terhadap manisan itu, mendorongnya mempelajari teknik membuat kek kegemaran keluarga.

Bermula secara suka-suka, siapa sangka ia akhirnya membawa pendapatan sampingan buat keluarga malah berupaya menjana pendapatan empat angka sebulan.

“Saya berjinak-jinak dengan pembuatan kek sejak tujuh tahun lalu. Mula-mulanya hanya belajar secara atas talian. Tetapi untuk mendapatkan lebih kepuasan diri dan keyakinan pelanggan, sedikit demi sedikit saya hadir ke kelas pembuatan kek,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Noor Azlina berkata, galakan dan sokongan daripada rakan taulan yang pernah mencuba kek hasil buatannya, menjadi dorongan buat dirinya menjadikan pembuatan kek sebagai kerja sambilan.

Kebanyakan kek dihasilkan adalah bersaiz lima inci selain 3D fondan cake dan butter cream cake.

Pengurus pentadbiran di sebuah syarikat swasta itu menjelaskan, sungguhpun mempromosi kek atas talian kelihatan mudah, ia tidak semudah yang disangka.

“Antara cabaran saya hadapi ialah pembuat kek lain yang menawarkan kek pada harga lebih murah.  Bagi saya, dengan pandemik virus Covid-19 yang belum berakhir ini, saya akan menjual produk mengikut bajet pelanggan itu sendiri dengan niat mahu membantu antara satu sama lain,” katanya. Keknya dijual dari RM45 dan ke atas.

 

KEK ‘beg tangan’ yang dihasilkan Azlina.

 

MENGHASILKAN kek begini memerlukan ketelitian dan kesabaran.

Mengenai kek buatannya, beliau menggunakan bahan premium agar rasanya lebih sedap.

Hari ini Noor Azlina berbangga dengan kemampuan dirinya. Beliau membuktikan tanpa memiliki sijil dan kelulusan dalam dunia pembuatan kek tetapi minat bersulam kesungguhan, mampu menghasilkan kek yang bukan sahaja cantik tetapi digemari pelanggan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×