KAHERAH 9 April – Sebuah keranda yang dipercayai mengandungi mayat seorang paderi tertinggi Mesir dibuka dan disiarkan secara langsung kelmarin menerusi saluran Discovery.
Mail Online melaporkan, program berjudul ‘Expedition Unknown: Egypt Live’ itu disiarkan secara langsung dari tapak penemuan keranda tersebut di pinggir Minya yang terletak di sepanjang Sungai Nil di selatan Kaherah.
Pasukan arkeologi baru-baru ini menemukan sebuah objek menegak di satu tapak sehingga membawa kepada penemuan terowong yang mengandungi kira-kira 40 mumia.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kesemua mumia itu dipercayai ‘individu-individu elit kehormat’ pada zaman sebelum ini. – AGENSI











