'Ini Manchester Unitedlah' - Utusan Malaysia

‘Ini Manchester Unitedlah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 9 April – Juan Mata menegaskan, sejak awal lagi dia tidak gentar apabila Manchester United diundi menentang gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona dalam suku akhir Liga Juara-Juara.

Kedua-dua pasukan akan berentap dalam suku akhir pertama di Old Trafford esok, sebelum aksi timbal balik berlangsung di Camp Nou pada 17 April.

Mata menegaskan, tiada sedikit pun perasaan gementar dirasai pemain United dalam persiapan menghadapi calon utama juara Eropah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami adalah Manchester United dan kami mewakili antara pasukan terbesar di dunia.

“Takut tiada dalam kamus kami, apa yang ada cuma rasa hormat terhadap lawan.

“Kami harus percaya kepada diri sendiri dan sedar kami juga memiliki pasukan yang bagus untuk mengalahkan mereka,” kata Mata.

Sementara itu, Barcelona hari ini mengesahkan mereka akan membawa pemain sayap Perancis, Ousmane Dembele dalam kunjungan ke England esok.

Dembele sebelum ini diketepikan akibat kecederaan hamstring sejak kemenangan 5-1 ke atas Lyon pada saingan Liga Juara-Juara, 13 Mac lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini