PUTRAJAYA – Cukai eksais 40 sen seliter ke atas minuman bergula yang bakal dilaksanakan pada 1 Julai depan tidak akan melibatkan minuman yang dibancuh dan dihidangkan di premis makanan seperti kedai mamak, warung dan restoran, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
“Buat masa ini, kita (Kementerian Kesihatan) tidak mengawal selia kedai makanan itu.
“Perkara yang lebih baik adalah mendidik orang ramai supaya tidak mengambil minuman berwarna dan manis yang dihidangkan di restoran,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Sedunia di Kementerian esihatan di sini semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











