Stalin didakwa reka kisah UFO terhempas - Utusan Malaysia

Stalin didakwa reka kisah UFO terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROSWELL, New Mexico – Seorang wartawan baru-baru ini mendakwa spekulasi bahawa piring terbang makhluk asing terhempas adalah cerita rekaan mendiang Joseph Stalin yang merupakan diktator Kesatuan Soviet sehingga menyebabkan huru-hara di Amerika Syarikat (AS).

Wartawan itu, Annie Jacobsen, 51, mendedahkan beberapa keping ‘gambar sebenar’ di kawasan yang dinamakan Area 51 di dalam buku bertajuk Area 51: An Uncensored History bagi merungkai misteri pangkalan tentera AS dikawal ketat dan objek terbang tidak dikenali (UFO) kononnya terhempas di sini pada tahun 1947.

Beberapa pendedahan dan gambar di dalam buku itu mengaitkan penglibatan pencipta satelit Sputnik, Sergei Korlev bersama pakar bom atom dan pakar matematik Rusia yang ditugaskan dalam pasukan kajian Stalin berhubung UFO.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara gambar yang dikongsi itu menunjukkan sebuah pesawat lama ciptaan adik-beradik Horten dari Jerman pada tahun 1945 yang kelihatan seperti piring terbang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini