BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 9 APRIL 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 9 APRIL 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG tidak faham kenapa secara tiba-tiba ada menteri Kabinet yang bercakap soal rampasan kuasa dan gerakan menjatuhkan kerajaan. Tindakan memperkatakan perkara itu atas apa juga alasan tidak boleh diterima kerana ia boleh meletakkan rakyat tertanya-tanya.

Biarpun Awang tahu ia merujuk kepada keputusan kerajaan menarik diri daripada menyertai Statut Rom selepas mendapat desakan pelbagai pihak memandangkan ia boleh menggugat Perlembagaan negara tetapi janganlah sampai mahu melepaskan geram dengan bercakap perkara yang bukan-bukan.

Menyatakan tidak mustahil berlaku rampasan kuasa jika orang Melayu percaya kedudukan mereka berada dalam bahaya adalah tidak wajar sama sekali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Begitu juga apabila menyebut soal pasukan polis dan tentera yang dikuasai orang Melayu.

Awang faham kekecewaan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutamanya DAP yang benar-benar tidak dapat menerima hakikat kerajaan membatalkan penyertaan Statut Rom tetapi janganlah membangkitkan atau membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.

Oleh itu Awang berharap hentilah bercakap soal rampasan kuasa atau apa sahaja yang boleh mengganggu ketenteraman fikiran rakyat. Jangan lakukan tindakan yang boleh menyebabkan rakyat termasuk orang Melayu berasa tidak tenteram.

AWANG – Berhati-hati menulis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini