BTM meterai MoU kilang pelet kayu di Terengganu - Utusan Malaysia

BTM meterai MoU kilang pelet kayu di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 April – BTM Resources Bhd. berhasrat membangunkan sebuah kilang pembuatan pelet kayu di Terengganu menerusi usahasama dengan Korea Electric Power Corporation (Kepco) dan dua pihak lain bagi mengembangkan perniagaan pelet serta mempelbagaikan sumber pendapatannya.

Menurut syarikat perkayuan itu, anak syarikat milik penuhnya, BTM Biomass Products Sdn. Bhd. telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat-syarikat terbabit pada 1 April lalu bagi menghasilkan kerangka kerjasama menyeluruh bagi projek tersebut.

Pihak lain adalah unit Kepco, Korea South-East Power Co. Ltd. yang mengendalikan lima loji tenaga, pengedar bahan api dan pengeluar gas yang berpangkalan di Korea Selatan, Mokpo City Gas Co. Ltd. dan pengeluar pelet tempatan yang berpejabat di Selangor, MC Bio. Sdn Bhd..

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, BTM Resources berkata, kesemua tiga pihak itu akan melabur dan membangunkan projek tersebut atas kapasiti sebagai pemegang saham.

Mengikut MoU itu, peranan BTM Resources adalah mendapatkan bahan mentah bagi projek itu manakala MC Bio akan menghasilkan produk dengan spesifikasi yang menepati keperluan KOEN.

Peranan KOEN pula adalah untuk membeli produk projek tersebut yang dihantar oleh Mokpo berdasarkan jaminan kuantiti dan kualiti yang telah dipersetujui.

Tempoh MoU itu adalah 24 bulan dan boleh dilanjutkan lagi mengikut persetujuan bersama kesemua pihak terbabit. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini