Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 April – Ringgit ditutup rendah pada Isnin diheret turun oleh laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) Jumaat lepas yang mencetuskan kebimbangan akan berlakunya kemelesetan, sekali gus meningkatkan dolar.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan didagangkan rendah pada 4.0950/0000 berbanding dolar daripada 4.0870/0900 pada penutupan Jumaat.

Ketua Pedagang dan Strategi Pemasaran SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, faktor lain yang mengukuhkan dolar adalah rundingan perdagangan antara Washington dan Beijing yang konstruktif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi ringgit, perbincangan banyak berkisar pada Bank Negara Malaysia (BNM), namun faktor yang menyumbang kepada elemen itu antara lain membabitkan pendirian yang memihak kepada kadar rendah, semakin ditangani,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, tahap negatif kini yang melibatkan kedudukan inflasi domestik menunjukkan BNM mempunyai ruang untuk melakukan pelarasan terhadap dasar monetari.

Bagaimanapun, Innes berpendapat mata wang tempatan wajar meraih manfaat daripada perjanjian perdagangan AS-China dan memastikan kedudukan ringgit dalam jangka pendek.

Secara keseluruhannya, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding pound British kepada 5.3485/3562 daripada 5.3458/3509 Jumaat lepas dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.6750/6804 daripada 3.6583/6613.

Ringgit menyusut nilai berbanding euro kepada 4.6024/6084 daripada 4.5889/5927 dan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0197/0245 daripada 3.0182/0207 sebelumnya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini