Mahram, bukan semuanya halal - Utusan Malaysia

Mahram, bukan semuanya halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMPIR setiap hari, ada sahaja kisah menakutkan tentang perilaku ‘haruan makan anak’, liwat dan hubungan seks antara adik-beradik dilaporkan media.

Ini secara tidak langsung menunjukkan seolah-olah perbuatan tersebut sudah menjadi lumrah dalam masyarakat sehingga tiada lagi wujud kasih sayang dalam sebuah keluarga.

Sedari atau tidak, antara penyumbang kepada gejala itu adalah disebabkan pergaulan tanpa batasan antara sesama adik beradik termasuk bapa dengan anak, begitu juga datuk bersama cucunya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tidak kurang juga, ini disebabkan oleh trend pemakaian mencolok mata di rumah sehingga mendorong berlakunya perlakuan terkutuk itu.

Mungkin ramai kurang menyedari, hakikatnya walaupun bergelar mahram namun ada batasan aurat yang perlu dipelihara dan pergaulan perlu dijaga.

Ini penting bagi mengelakkan daripada perkara tidak diingini dalam kalangan ahli keluarga berlaku. Ikuti kupasan lanjut berhubung batas pergaulan dan aurat antara ahli keluarga bersama PU Hariz dalam Mega, Till Jannah, Utusan Malaysia 9 April 2019, esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini