Jangan kaitkan UEC dengan Mara - Utusan Malaysia

Jangan kaitkan UEC dengan Mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 April – Semua pihak perlu berhenti mengaitkan isu perlaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dengan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di semua institusi di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun malah berkata, isu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan, sebaliknya semua pihak perlu memberi fokus kepada pembangunan sistem pendidikan di negara ini termasuk TVET.

“Kajian sedang dibuat dan ia akan dibentangkan kepada jemaah Menteri pada Julai nanti. Kenyataan Menteri Sumber Manusia , M. Kula Segaran bukan merujuk kepada UEC, sebaliknya sesiapa sahaja layak untuk dapatkan sijil kemahiran termasuk TVET.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai contoh di GiatMara, untuk belajar di sini tidak perlu dapatkan kelulusan tinggi. Oleh itu, saya berharap semua pihak perlu henti mempolitikkan isu ini,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pra Universiti Pelajar Cemerlang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 2018 di sini hari ini.

Kula Segaran sebelum ini berkata pemegang sijil UEC layak untuk menyambung pengajian dalam TVET bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir tempatan. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini