GRO cedera rempuh pintu ketika serbuan - Utusan Malaysia

GRO cedera rempuh pintu ketika serbuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 8 April – Gara-gara terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa, beberapa gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing cuba melarikan diri dengan merempuh pintu belakang sebuah pusat karaoke di Seri Manjung semasa serbuan kelmarin.

Bagaimanapun, kecekapan pegawai dan anggota penguatkuasa berjaya menghalang cubaan itu apabila 15 GRO warga Vietnam berusia 19 hingga 32 tahun ditahan dalam operasi bermula pukul 10.30 malam.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail berkata, tindakan cuba melarikan diri itu mengakibatkan ada di antara mereka cedera di lutut akibat terjatuh dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ketika serbuan dilakukan, kesemua wanita terbabit sedang leka melayan pelanggan dalam bilik di pusat karaoke berkenaan.

“Menurut maklumat awal, wanita-wanita ini disyaki bekerja sebagai pelayan di pusat karaoke itu.

“Pusat karaoke tersebut disyaki menawarkan khidmat menemani pelanggan untuk dibawa keluar bagi tujuan khidmat seks dengan kadar bayaran daripada RM500 hingga RM600,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini