Indah Ruhaila lancar klip video Pudar malam ini - Utusan Malaysia

Indah Ruhaila lancar klip video Pudar malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi bersuara lantang, Indah Ruhaila melahirkan rasa teruja apabila single terbaharunya yang juga lagu runut bunyi drama Nur 2, Pudar mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada peminat.

Indah berkata, lagu berentak balada yang diluncurkan pada 29 Mac lalu kini menduduki carta Lagu Top Trending di pelantar digital popular, Joox.

“Sebenarnya, lagu ini pernah ditawarkan kepada saya untuk dimuatkan dalam runut bunyi drama Nur edisi pertama. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi disebabkan masalah kesihatan dan jadual yang tidak mengizinkan, saya terpaksa menolak. Ternyata, memang telah tertulis, saya diberi peluang untuk merakamkan lagu ini untuk Nur 2,” katanya.

Dicipta sepenuhnya oleh Amylea Azizan, klip video rasmi Pudar bakal dilancarkan menerusi saluran YouTube Nova Music Videos pada 9 malam ini.

Sebelum itu, Indah akan mengadakan sesi nyanyian akustik pada pukul 8 malam dan menjawab soalan yang diajukan oleh peminat secara langsung menerusi saluran yang sama. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini