Siasat pemandu mengantuk atau ambil dadah  - Utusan Malaysia

Siasat pemandu mengantuk atau ambil dadah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Polis kini menjalankan siasatan lanjut sama ada pemandu bas kilang mengantuk atau mengambil dadah sehingga berlakunya kemalangan yang meragut 11 nyawa termasuk lelaki itu dalam kejadian di Jalan S8 Pekeliling, Sepang dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, ini berikutan tiada kesan brek bas tersebut dikesan di kawasan kemalangan tersebut. 

“Tempat kejadian adalah simpang tiga dan kita masih belum mengenal pasti bagaimana kemalangan itu berlaku kerana pemeriksaan awal di lokasi kejadian tiada kesan brek kelihatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan sama ada pemandu itu mengambil dadah atau mengantuk ketika kejadian. Perkembangan kes ini akan kita berikan dari semasa ke semasa,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Tambah beliau setakat pukul 10 tadi seramai 11 orang telah disahkan maut termasuk pemandu bas warga tempatan.

Katanya, mangsa yang cedera kini masih dirawat di Hospital Serdang, Putrajaya dan Kajang.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, 11 orang maut termasuk 10 pekerja warga asing selepas bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum masuk ke dalam longkang di Jalan S8 Pekeliling dekat MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi.

Kejadian pada pukul 11.10 malam itu mengorbankan lima warga Bangladesh, dua warga Nepal, tiga orang wanita warga Indonesia dan seorang warga tempatan yang dipercayai pemandu bas pekerja itu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, sewaktu kejadian, bas tersebut dipercayai mengambil 43 penumpang dari hostel mereka di Putra Nilai, Negeri Sembilan dan sedang dalam perjalanan menuju ke MASkargo. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini