Kucing terbiar kini kelilingi dunia - Utusan Malaysia

Kucing terbiar kini kelilingi dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seekor anak kucing yang hidup liar kini mengembara mengelilingi dunia bersama tuan baharunya dengan menaiki basikal.

Dean Nicholson , 31, memulakan perjalanannya dari Dunbar, Scotland pada September lalu dan mengutip anak kucing yang diberi nama Nala itu di tepi jalan raya di Bosnia dan Herzegovina.

Nicholson yang dahulunya seorang pengimpal memulakan pengembaraan dengan mengayuh basikal sejauh 321 kilometer ke Newcastle lalu menaiki feri ke Amsterdam, Belanda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia kemudiannya meneruskan perjalanan ke Belgium, Greece, Switzerland dan Itali sebelum menemui anak kucing tersebut di Bosnia.

“Ketika itu saya sedang mendaki bukit dan terdengar bunyi anak kucing di belakang saya. Apabila saya mendekatinya, Nala melompat naik ke atas basikal dan tidak mahu turun,” kata Nicholson yang kini berada di Santorini, Greece.

Sejak menemui Nala, Nicholson melengkapkan butiran dalam laman kutipan dana, GoFundMe bagi membantunya membayar bil veterinar haiwan tersebut dan membawa kucing itu pulang bersamanya ke Britain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini