Hassan mahu Saifuddin jawab Statut Rom - Utusan Malaysia

Hassan mahu Saifuddin jawab Statut Rom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 April – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mahu Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan sama ada keputusan kerajaan menarik balik keputusan meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dibuat secara konsensus sebulat suara atau pun tidak.

Beliau malah memberitahu sebagai ahli Parlimen, akur dan menyokong keputusan kerajaan untuk menandatangani Statut Rom itu kerana percaya ia adalah undang-undang antarabangsa yang mendatangkan kebaikan kepada negara dan dunia secara keseluruhannya.

“Adakah tindakan menarik balik keputusan Jemaah Kabinet dibuat secara sebulat suara, konsensus atau adakah ia berdasarkan kepada keputusan majoriti, Perdana Menteri seorang diri atau sebenarnya keputusan minoriti? Menteri Luar kena jawab perkara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Negara kita sekarang sudah menjadi bahan ketawa dunia antarabangsa kerana apabila kerajaan Malaysia telah menandatangani adalah tidak wajar menarik balik hanya kerana penentangan golongan tertentu hatta daripada pihak istana. Adalah tugas kerajaan menerangkan alasannya dengan jelas.

“Ini kerana, apabila kerajaan berundur selepas meratifikasi sesuatu undang-undang antarabangsa yang baik, maka kerajaan akan sentiasa berundur ke belakang dan hilang kewibawaan. Malah, dahulu saya sudah cakap jangan gopoh dan terburu-buru kerana Parlimen dan Majlis Raja-Raja perlu dirunding. Sekarang ternyata nasi sudah menjadi bubur,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kelmarin memutuskan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom ICC yang ditandatangani pada 4 Mac lalu setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak termasuk Majlis Raja-Raja. – UTUSAN ONLINE




Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini