Rumah adik pelakon Ridzuan Hashim terbakar - Utusan Malaysia

Rumah adik pelakon Ridzuan Hashim terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Sebuah rumah yang dimiliki oleh adik kepada pelakon, Ridzuan Hashim terbakar dalam satu kejadian di Kampung Batu 17, Dusun Tua, Hulu Langat petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian tersebut pada pukul 5.34 petang.

“Seramai 18 anggota beserta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Kajang dan Bandar Tun Hussein Onn telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapati bahawa api sedang marak sebelum kebakaran di rumah dua tingkat itu berjaya dikawal beberapa minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kebakaran tersebut menyebabkan kediaman berkenaan musnah sebanyak 70 peratus.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini