Amrin Pengarah Urusan, CEO Boustead - Utusan Malaysia

Amrin Pengarah Urusan, CEO Boustead

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Holdings Berhad (Boustead) berkuat kuasa 6 Mei 2019.

Pengumuman pelantikan tersebut dibuat Boustead melalui Bursa Malaysia hari ini.

Sementara itu, Boustead dalam kenyataannya berkata, Amrin memiliki pengalaman luas dalam arena korporat negara dengan pelbagai peranan penting bagi memacu kejayaan syarikat-syarikat di Malaysia termasuk Renong Bhd., Malaysian Resources Corporation Bhd., Sistem Televisyen Malaysia Bhd., Media Prima Bhd. dan Sime Darby Property Bhd..

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Pengerusi Boustead, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Che Mat berkata, syarikat mengalu-alukan Amrin sebagai Pengarah Urusan yang baharu dan yakin pengalaman yang dimiliki beliau akan membantu memacu prestasi kumpulan pada masa depan.

Semalam, Sime Darby Property mengumumkan peletakan jawatan Amrin, 52, sebagai Pengarah Urusan syarikat itu berkuat kuasa 3 Mei depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini