Pasar borong Selayang digempur lagi, 107 pati ditahan - Utusan Malaysia

Pasar borong Selayang digempur lagi, 107 pati ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Seramai 107 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan oleh Jabatan Imigresen dalam satu serbuan di Pasar Borong Selayang di sini awal pagi tadi.

Dalam operasi Ops Bersepadu yang turut disertai Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud itu, kira-kira 150 warga asing diperiksa kerana disyaki berniaga secara haram, tidak memiliki dokumen dan menyalahgunakan pas lawatan.

Menurut Khairul Dzaimee, pihaknya juga berjaya mengenal pasti seramai 79 orang pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCR) untuk siasatan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan serbuan kali ketiga dilakukan Jabatan Imigresen sejak Januari lalu.

“Kita menfokuskan semua warga negara asing yang menjalankan perniagaan bukan sahaja di pasar borong tetapi juga di pasar harian, gerai jalanan, penjaja dan kedai runcit,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia menerusi laporan khas bersirinya sebelum ini mendedahkan golongan terbabit bukan sahaja menjadi pekerja malah ada dalam kelompok mereka sudah bergelar tauke dengan menyewa lot daripada peniaga tempatan yang mengalibabakan tapak dan lesen perniagaan masing-masing.

Operasi kali ini disertai oleh 94 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Putrajaya dan Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini