Tragedi balik sekolah: Pelajar tahun empat maut dirempuh van sekolah - Utusan Malaysia

Tragedi balik sekolah: Pelajar tahun empat maut dirempuh van sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR – Seorang murid perempuan tahun empat maut selepas dirempuh van sekolah yang baharu sahaja menurunkannya di kawasan Apartment Seri Teluki, Bukit Sentosa di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang selepas pemandu van tersebut selesai menghantar murid berkenaan ke kawasan tersebut.

“Kejadian berlaku apabila pemandu van berkenaan, seorang wanita berusia 56 tahun tidak menyedari murid perempuan berusia 10 tahun itu melintas di hadapan van dipandunya selepas diturunkan di lokasi tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemandu van tersebut tersebut hanya menyedari apa yang berlaku selepas terlihat murid berkenaan terbaring di sebelah kiri van melalui cermin sisi van itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Bak Phai, murid berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian susulan kemalangan tersebut dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat. 

“Tiada sebarang kerosakan dialami van tersebut dan pemandu wanita itu telah ditahan untuk siasatan selanjutnya. 

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini