TAMAN NEGARA SERENGETI, Tanzania – Seorang jurugambar rangkaian televisyen National Geographic menjumpai seekor kuda belang liar berbulu putih dan perang di sini baru-baru ini.
Sergio Pitamitz merakam gambar haiwan aneh itu sewaktu sedang memantau migrasi sekawan kuda belang. Haiwan luar biasa itu juga dilihat bergaul tanpa masalah dengan kawanan kuda belang berkenaan.
“Pada mulanya saya menyangka bulu putih itu disebabkan kuda belang berkenaan berguling di atas tanah. Bagaimanapun, saya akhirnya sedar itu satu penemuan besar,” kata Pitamitz kepada National Geographic.
Pakar haiwan mengaitkan warna bulu kuda belang itu dengan masalah albino yang menyebabkan penampilan warna lebih pudar atau putih sepenuhnya.
Lazimnya, kuda belang albino boleh dilihat dalam kurungan lindungan termasuk di Hawaii dan Taman Negara Gunung Kenya. Ini adalah spesimen pertama yang ditemui hidup liar dan habitat semula jadi. – Agensi
National Geographic
Seekor kuda belang berbulu putih ditemui dalam satu kawanan haiwan sama di Taman Negara Serengeti.











