Tak sabar tunggu LTdL bermula - Utusan Malaysia

Tak sabar tunggu LTdL bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 4 April – Sebanyak 17 pasukan luar negara disahkan sudah tiba ke negara ini untuk menyertai Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 yang bakal bermula Sabtu ini hingga 13 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Human Voyage Sdn Bhd, Datuk Ahmad Mustapa ketika mengesahkannya berkata, mereka kini sibuk mengadakan persiapan terakhir sebelum memulakan cabaran getir menghadapi lapan peringkat perlumbaan pada edisi ke-24 kali ini.

“Setakat ini 17 pasukan profesional dan benua daripada luar negara telah tiba di sini dan tinggal dua sahaja yang belum sampai. Tiga lagi adalah pasukan tempatan yang memang sudah berada di Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan tempatan itu adalah Terengganu Cycling Team (TSG), Sapura Cycling Team dan pasukan kebangsaan Malaysia. Mereka antara keseluruhan 22 pasukan yang mengambil bahagian kali ini,” katanya.

Difahamkan Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir Mohamad yang juga merupakan pencetus ilham kepada kewujudan LTdL ini pada 1996 akan hadir pada dua majlis berbeza yang diatur penganjur esok dan Sabtu.

Esok beliau dijadual hadir pada majlis pengenalan pasukan-pasukan yang bertanding di perkarangan KLCC manakala pada Sabtu, Tun Mahathir dijadual melepaskan kesemua pelumba untuk Peringkat Pertama perlumbaan yang bermula di hadapan KLCC menuju ke Tampin, Negeri Sembilan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini