Tiga beranak cemas rumah ditimpa pokok tumbang - Utusan Malaysia

Tiga beranak cemas rumah ditimpa pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 April – Tiga beranak berdepan detik cemas apabila kediaman mereka dihempap pokok tumbang di Kampung Tasik Permai dekat Ampang, di sini hari ini

KEADAAN rumah yang dihempap pokok dalam kejadian di Kampung Tasik Permai, Ampang, Selangor hari ini.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.32 petang sebelum mengejarkan sebanyak 14 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dan Pandan Indah ke lokasi kejadian

Memuatkan artikel berkaitan…


“Ketika tiba, ada beberapa pokok tumbang dan menghempap dua buah rumah di kawasan berkenaan, bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.


“Selain itu, ada pokok tumbang menghalang jalan raya di kawasan terbabit yang turut mengenai bangunan Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.


Tambahnya, anggota bomba kemudian memotong dan mengalihkan pokok berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini