Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 April – Ringgit kembali susut daripada kenaikan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan minat belian disebabkan penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.0810/0840 berbanding dolar AS daripada 4.0770/0810 ketika ditutup semalam.

Ketika ini, minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras susut 0.35 peratus kepada AS$69.07 (RM281.81) setong manakala minyak mentah West Texas Intermediate turun 0.34 peratus kepada AS$62.25 (RM254) setong.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3686/3741 daripada 5.3735/3804 ketika ditutup pada Rabu, dan naik berbanding euro kepada 4.5809/5859 daripada 4.5850/5911.

Ringgit kukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0145/017 daripada 3.0146/0180 semalam namun rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6624/6661 daripada 3.6572/6617. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini