Polis Kelantan rampas dadah bernilai RM2.6 juta dalam tiga serbuan - Utusan Malaysia

Polis Kelantan rampas dadah bernilai RM2.6 juta dalam tiga serbuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Polis Kelantan merampas tiga jenis dadah iaitu pil kuda, syabu serta heroin bernilai kira-kira RM2.6 juta dalam tiga serbuan pada Selasa lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, ketiga-tiga serbuan iaitu dua di Pasir Mas dan satu di Gua Musang dilakukan hasil maklumat awam serta risikan polis sebelum ini.

Beliau berkata, tujuh individu turut ditahan dalam serbuan itu iaitu tiga lelaki dan empat wanita berusia antara 17 hingga 51 tahun termasuk dua wanita warga Thailand.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis juga membuat rampasan dan sitaan harta di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 berjumlah RM115,150 termasuk kereta, motosikal dan wang tunai.

“Kesemua kes juga disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mati mandatori serta Seksyen 12(2) akta yang sama yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini