Imigresen serbu kilang memproses daging sejuk beku - Utusan Malaysia

Imigresen serbu kilang memproses daging sejuk beku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 April – Sebuah kilang memproses daging sejuk beku di Taman Perindustrian IKS Mukim Batu, di sini menjadi kelam kabut selepas premis tersebut diserbu sekumpulan anggota imigresen, semalam.

Dalam operasi bermula pukul 4 petang itu, pasukan imigresen dengan kekuatan 38 anggota melakukan pemeriksaan menyeluruh kerana terdapat pekerja kilang warga asing yang cuba bersembunyi bagi mengelak daripada ditahan.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, sebanyak 79 pekerja diperiksa dalam operasi itu dan hasilnya, sebanyak 44 warga asing termasuk empat wanita ditahan kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Warga asing yang ditahan terdiri daripada 30 lelaki warga Bangladesh, sembilan lelaki warga Pakistan serta empat wanita dan seorang lelaki yang berasal dari Indonesia.

“Selain itu, kita juga menahan seorang lelaki tempatan yang merupakan wakil majikan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan dilakukan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen kerana salah guna pas atau permit kerja, Seksyen 55B AI kerana menggaji warga asing tanpa permit kerja yg sah dan Seksyen 55E kerana membenarkan pendatang asing tanpa izin berada dalam premis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini