McGregor sekali lagi tarik persaraan - Utusan Malaysia

McGregor sekali lagi tarik persaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 4 April- Conor McGregor memberi isyarat yang dia mungkin menarik balik hasrat untuk bersara selepas sekali lagi bergaduh di media sosial dengan juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov.

Dalam satu status di Twitter yang dimuat naik seminggu selepas dia mengumumkan akan bersara, atlet dari Ireland itu menegaskan dia masih belum puas bertarung.

“Saya mahu terus mara dengan peminat-peminat saya daripada semua kepercayaan dan latar belakang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua kepercayaan mencabar kita untuk menjadi yang terbaik. Ia dunia yang satu dan satu untuk semua. Sekarang jumpa anda di Octagon,” kata McGregor.

Status McGregor itu kelihatan seperti jawapan kepada kritikan dilemparkan terhadapnya selepas dia dalam status sebelumnya menghina isteri Khabib dan agama Islam dianuti pasangan tersebut sebelum McGregor memadamkan status berkenaan.

Khabib bagaimanapun sempat membalas penghinaan berkenaan dengan mengingatkan McGregor tentang tuduhan serangan seksual dihadapi seterunya itu di Ireland , seperti dilaporkan New York Times.

“Anda seorang hipokrit yang tidak bertanggungjawab di atas tindakan anda.

“Keadilan akan ditegakkan terhadap anda. Kita akan lihat,” kata Khabib.

Khabib menewaskan McGregor dalam pertarungan Oktober lalu di Las Vegas yang dicemari insiden pergaduhan di tepi gelanggang.

Pada Januari lalu, Jawatankuasa Olahraga Nevada mengenakan hukuman gantung enam bulan terhadap McGregor kerana terbabit dalam pergaduhan selepas pertarungan manakala Nurmagomedov digantung selama sembilan bulan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini