Islamofobia semakin tidak terkawal - Utusan Malaysia

Islamofobia semakin tidak terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH 3 April – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberi amaran bahawa penyebaran Islamofobia dalam kalangan komuniti antarabangsa ketika ini dilihat semakin tidak terkawal.

Menurutnya, ucapan dan kenyataan kebencian serta anti-Islam juga telah memasuki media arus perdana selain tersebar ‘seperti api yang sedang marak’ dalam media sosial.

“Di seluruh dunia, kita menyaksikan peningkatan anti-Islam, perkauman dan xenophobhia. Ini tersebar luas di negara-negara liberal demokrasi dan autoritarian,” katanya seperti dilaporkan agensi berita Middle East Eye.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika berucap di Universiti al-Azhar di sini semalam.

Guterres merujuk serangan pengganas kulit putih di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu sebagai contoh kebencian anti-Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini