UEC : Peguam Negara cabar Perlembagaan - Utusan Malaysia

UEC : Peguam Negara cabar Perlembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 April – Tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk digunakan dalam kelayakan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) disifatkan sebagai mencabar status quo kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd. Azizee Hasan berkata, sepatutnya pengiktirafan tersebut dibuat melalui mesyuarat Kabinet bukan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LPQB).

‘‘Tindakan ini mencabar status quo kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan boleh mewujudkan dualisme sistem pendidikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

‘‘Pengiktirafan ini membawa kepada pelebaran jurang perpa­duan antara semua kaum manakala usaha memupuk perpaduan melalui wadah pendidikan sukar direalisasikan,’’ kata­nya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, Tommy dalam kenyataannya memaklumkan CLP akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ bermula 1 Januari 2021 selepas melakukan perbinca­ngan dengan beberapa pihak.

Mengulas lanjut, Mohd. Azizee turut menyuarakan kebimbangan tindakan Peguam Negara akan menganaktirikan murid yang melalui sistem pendidikan arus perdana dan melemahkan usaha memperkasa sekolah kebangsaan.

Kata beliau, tindakan tersebut perlu mengambil kira pandangan semua pihak dan tidak menyentuh sensitiviti kaum lalu menyebabkan keharmonian antara kaum di negara ini tergugat.

‘‘i-Guru juga mendesak supaya pihak yang berkaitan menangani isu graduan undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang belum diiktiraf dan mendapat kelayakan penuh lagi,’’ katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini