Emery cabar pemain 
cipta sejarah - Utusan Malaysia

Emery cabar pemain 
cipta sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 2 April – Unai Emery mencabar pemainnya untuk mencipta se­jarah selepas menyaksikan Arsenal melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Ingeris hasil kemenangan 2-0 ke atas Newcastle di laman sendiri, hari ini.

Kata pengendali dari Sepanyol itu, inilah masanya Arsenal membuka sejarah baharu dengan kembali dalam kelompok empat teratas dan seterusnya layak ke Liga Juara Juara, musim depan.

“Ini adalah sejarah baharu. Kami sedang menciptanya mengikut ca­ra sendiri. Sasaran kami kini semakin jelas untuk dicapai. Selepas membuat langkah yang besar, ini adalah masa terbaik kerana pemain kini juga berada pada tahap mentaliti terbaik,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Emery bagaimanapun menegaskan, perjuangan untuk mencipta sejarah itu masih belum selesai kerana menanti Arsenal ketika ini adalah pencabar yang sangat kuat iaitu Tottenham Hotspur, Manchester United dan Chelsea dengan baki tujuh perlawanan lagi, musim ini.

“Kami sudah banyak meningkat dan berkembang baik tetapi dalam waktu sama kami sedar ia bukan mudah (untuk cipta sejarah baharu). Tottenham, Chelsea dan United juga akan cuba menang seberapa banyak perlawanan yang boleh,” tegasnya.

Dengan Arsenal kini mengumpul 63 mata, mengekori rapat dua mata di belakang adalah Tottenham dan United diikuti Chelsea yang keciciran tiga mata. Hanya dua tiket lagi perlu diisi untuk layak ke kejohanan elit Eropah itu, selepas Liverpool dan Manchester City boleh dianggap sudahpun layak.

Sementara itu, gol-gol Arsenal ketika menewaskan Newcastle, hari ini, disempurnakan oleh Aaron Ramsey dalam babak pertama dan Alexandre Lacazette pada penghujung separuh masa kedua.

Selain berperanan sebagai penjaring, Ramsey juga menjadi perancang jaringan Lacazette. Ini kali pertama sejak April 2017, Arsenal berjaya menempatkan diri pada kedudukan terbaik iaitu tangga ketiga liga. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini