Pinda umur mengundi - Utusan Malaysia

Pinda umur mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Usul pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun daripada 21 tahun sebelum ini akan dibawa ke sesi Parlimen yang akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau sendiri yang akan membawa usul berkenaan yang telah dipersetujui oleh barisan jemaah menteri dalam satu mesyuarat sebelum ini.

“Perkara ini (pindaan perlembagaan had umur layak mengundi) akan dibentangkan pada sesi Parlimen Jun atau Julai ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengepalai gerakan tersebut untuk pastikan bahawa golongan muda akan dijadikan penentu pada pilihan raya dan pada masa sama hak golongan muda akan terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama sempena Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia (KKHA) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini