Terbuka Malaysia: Kah Ming-Juan Shen ke pusingan kedua - Utusan Malaysia

Terbuka Malaysia: Kah Ming-Juan Shen ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


Bekas pemain kebangsaan yang kini menghuni ranking ke-49 dunia itu menampilkan aksi meyakinkan apabila menang 21-18, 24-22 ke atas pasangan China yang berada di kedudukan ke-11.


Juan Shen mengakui, permainan mereka hari ini sangat baik dan memang sesuatu yang sangat baik apabila berjaya ke pusingan kedua.


“Pada awalnya kami melihat perlawanan ini memang 50-50 tetapi sebab bermain di home sendiri, jadi memang kami bersemangat untuk menang,” katanya ketika ditemui selepas tamat permainan.

Memuatkan artikel berkaitan…


Aksi selepas ini menyaksikan mereka bakal berdepan pemenang di antara pasangan Thailand, Bodin Isara-Maneepong Jongjit dan bekas juara dunia dari Indonesia yang juga pilihan keenam, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan.


Sementara itu, pasangan beregu wanita, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen tewas kepada gandingan Thailand, Chayanit Chaladchalam-Phataimas Muenwong 20-22, 21-16, 19-21. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini