Dr. Mahathir: Anggota pentadbiran dilarang terima hadiah - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir: Anggota pentadbiran dilarang terima hadiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 2 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan mana-mana anggota pentadbiran dilarang menerima hadiah sewaktu berada di dalam kerajaan.

Perdana Menteri berkata, pihaknya tidak sesekali akan membenarkan jenayah rasuah berlaku di dalam pentadbiran negara.

“Sekiranya jenayah itu dilakukan sebelum mereka berada dalam kerajaan, itu masalah mereka sendiri, bukan masalah kita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika ia didapati bersalah (berhubung Setiausaha Politik), apa apa-apa pun terpulang pada orang ramai untuk menilainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pelaburan Antarabangsa antara KA Petra Sdn. Bhd. dengan Hutchison Port Holdings Limited berhubung Pembangunan Hab Pelabuhan Kapal Ke Kapal Terbesar Dunia di Perairan Johor.

Beliau mengulas mengenai seorang Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang direman empat hari berhubung dakwaan menerima suapan berbentuk jam tangan dianggarkan bernilai RM28,000.

Semalam, suspek tersebut ditahan pada kira-kira pukul 5 petang di Ibu Pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai menerima jam tangan mewah itu sebagai dorongan membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek-projek di bawah kelolaan kementerian terlibat.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung spekulasi program pemutihan pendatang asing tanpa izin (PATI) pada bulan ini, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak boleh menjawab berhubung perkara itu di samping menjelaskan perbincangan berkenaannya masih berlangsung.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini