BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 2 APRIL 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 2 APRIL 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG berharap kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof akan mencari mekanisme bagaimana untuk memastikan restoran yang tidak mempunyai sijil halal diletakkan tanda ‘tidak halal’ di premis mereka.

Jika betullah tiada undang-undang bagi tujuan itu seperti mana dikatakan oleh beliau, apa salahnya kalau Mujahid membawa isu tersebut kepada pengetahuan Kabinet untuk membolehkan undang-undang dipinda atau digubal.

Isu halal haram tetap di bawah kerajaan, cuma yang menjadi persoalan sejauh mana bidang kuasa agensi terlibat contohnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Memang betul jabatan itu hanya terlibat menampal logo halal tetapi tidakkah ada sesuatu boleh dilakukan bagi memperluaskan kuasa termasuk menampal logo tanda ‘tidak halal’?

Memuatkan artikel berkaitan…

Awang bimbang jika tiada ketegasan dalam soal itu, ia akan menyebabkan lebih banyak restoran tidak menitikberatkan aspek bagi mendapatkan sijil halal. Ini memandangkan buat apa mahu bersusah payah untuk memperoleh sijil itu kerana umat Islam tidak akan dihalang memasuki premis mereka. Sama ada hidangan mereka benar-benar halal atau tidak, ia terserah kepada pelanggan Islam menentukannya kerana seperti mana kata Mujahid, “tidak halal bukan libatkan kita (kerajaan).”

Dalam hal ini Awang berpendapat, umat Islam boleh menggunakan kuasa mereka untuk tidak mengunjungi mana-mana restoran yang tiada sijil halal daripada Jakim. Percayalah, kalau itu dilakukan, ia akan memberi pengajaran kepada pemilik-pemilik restoran untuk mendapatkan sijil tersebut.

AWANG – Masuk restoran halal sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini