PRK Rantau: Streram yakin dapat 30 peratus undi Melayu - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Streram yakin dapat 30 peratus undi Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram yakin sekurang-kurangnya 20 hingga 30 peratus pengundi Melayu akan mengundi beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 13 April ini.

Streram yang juga Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau berkata, manakala bagi pengundi bukan Melayu beliau menjangkakan sokongan minimum antara 70 hingga 80 peratus.

“Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri. Ini adalah jangkaan saya akan memenangi DUN Rantau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka (pengundi Melayu) tidak keluar menghadiri ceramah dan kelihatan senyap, tapi saya percaya dalam hati mereka sokong saya,” katanya ketika ditemui pemberita semasa berkempen di Kampung Linsum di sini hari ini.

Selain itu, Streram mendakwa terdapat ramai Melayu miskin di Rantau dan akan membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan jika menjadi wakil rakyat mereka.

Beliau namun mengakui tidak memiliki statistik lengkap mengenai bilangan miskin Melayu dalam DUN Rantau apabila ditanya pemberita.

Streram adalah Penyelaras DUN Rantau PH sejak tahun 2017.

Dalam pada itu, beliau menegaskan dirinya adalah calon ‘underdog’, bukan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Saya calon ‘underdog’ kerana calon BN adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan dikenali ramai,” katanya.

Mohamad baru-baru ini menepis dakwaan pemimpin PH bahawa parti itu calon ‘underdog’ di DUN Rantau sedangkan PH menguasai kerajaan negeri dan Pusat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini