Thi Huong dipenjara tiga tahun cederakan Jong-nam - Utusan Malaysia

Thi Huong dipenjara tiga tahun cederakan Jong-nam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 1 April – Wanita Vietnam, Doan Thi Huong dihukum penjara tiga tahun empat bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan lelaki korea Utara, Kim Jong-nam, dua tahun lalu.

Dengan hukuman tersebut, Thi Huong, 30, yang sebelum ini berhadapan tuduhan membunuh lelaki terbabit terselamat daripada tali gantung.

Terdahulu, wanita tersebut mengaku bersalah atas tuduhan alternatif menyebabkan kecederaan terhadap Jong-nam menggunakan bahan berbahaya iaitu agen saraf, VX di Balai Berlepas, KLIA2, Sepang dekat sini kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dendan atau sebat atau mana-mana dua hukuman tersebut.

Pada 11 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas tanpa membebaskan tertuduh pertama, Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh Jong-nam, selepas Pejabat Peguam Negara menarik balik pendakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 254(1) Kanun Acara Jenayah.

Kedua-dua wanita itu sebelum ini didakwa atas tuduhan membunuh Jong-nam, 45, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini