Pembunuhan Jong-nam: Thi Huang mengaku salah sebabkan kecederaan - Utusan Malaysia

Pembunuhan Jong-nam: Thi Huang mengaku salah sebabkan kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 30, yang didakwa membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam dua tahun lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi atas pertuduhan alternatif menyebabkan kecederaan ke atas Kim Chol dengan menggunakan bahan berbahaya.

Thi Houan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Vietnam di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariifin pada prosiding perbicaraan bela diri di Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh  bersama empat lagi yang masih bebas didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas Kim Chol dengan menggunakan bahan yang berbahaya kepada tubuh badan apabila dimasukkan ke dalam saluran darah iaitu cecair racun VX.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pukul 9 pagi, 13 Februari 2017.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan selama 20 minit jatuh hukum terhadap Thi Huong.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Ketika prosiding Thi Houng yang memakai skaf, kelihatan tenang dalam kandang tertuduh sambil beberapa lelaki dari kedutaan Vietnam termasuk bapanya yang turut hadir dalam prosiding itu.

Sebelum ini, pertuduhan terhadap Thi Huong adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada 11 Mac lalu, mahkamah sama melepas tanpa bebas Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh Jong-nam.

Hakim Azmi ketika membuat keputusan itu berkata, mahkamah ber­puas hati dengan kes prima facie terhadap Siti Aisyah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selain pihak pendakwaan berhasrat untuk menarik balik pertuduhan terhadap Siti Aisyah.

Pada 16 Ogos 2018, mahkamah meme­rintahkan Siti Aisyah dan Thi Huong membela diri atas pertuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini