BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 1 APRIL 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 1 APRIL 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDEDAHAN akhbar Awang semalam berhubung status halal di restoran yang menawarkan menu Jepun dan Korea harus dipandang serius oleh semua pihak. Soal halal haram bukanlah perkara yang boleh diambil mudah apatah lagi jika ia melibatkan pelanggan beragama Islam.

Justeru adalah sesuatu yang mengejutkan apabila wartawan Awang mendedahkan kebanyakan restoran seumpama itu tidak memiliki status halal. Awang tertanya-tanya apa sudah berlaku dan apakah prosedur atau syarat yang ditetapkan bagi mana-mana restoran yang terbuka kepada umat Islam.

Awang berpendapat sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan kesemua restoran tersebut disahkan mempunyai status halal dan bukan sekadar menampal tanda no-pork,no-alcohol sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

Status halal bukan sekadar tidak menyediakan daging babi atau tidak menjual alkohol, jauh daripada itu ia juga berkaitan bagaimana makanan di restoran berkenaan diperolehi dan disediakan. Contohnya dari sudut sembelihan untuk hidangan ayam dan daging lembu.

Oleh itu Awang menggesa pihak berkuasa memandang serius perkara ini, mungkin sudah sampai masanya kerajaan menetapkan mana-mana restoran yang pelanggannya turut terdiri daripada umat Islam tetapi tidak memiliki sijil halal daripada Jakim diletakkan tanda ‘Tiada Sijil Halal’.

Melalui cara itu akan menghapuskan keraguan dalam kalangan umat Islam berhubung status halal restoran itu.

Awang – Suka makanan Melayu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini