185 individu disyaki penagih dadah ditahan AADK di Besut - Utusan Malaysia

185 individu disyaki penagih dadah ditahan AADK di Besut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Seramai 185 individu termasuk tiga remaja bawah umur disyaki penagih dadah berjaya ditahan pasukan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu dalam operasi di sekitar Kampung Raja dan Jertih di sini.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 17 hingha 54 tahun tersebut ditahan dalam operasi yamg dilakukan AADK negeri di kedua-dua lokasi berkenaan selama seminggu sehingga hari ini.

Penolong Pegawai Kanan (Penguatkuasaan & Keselamatan) AADK Terengganu, Muhamad C. Ismail berkata, operasi yang diperkuat oleh 70 anggota tersebut bertujuan untuk memutihkan kawasan Kampung Raja dan Jertih yang kini dikategorikan sebagai zon kuning penagihan dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang operasi seramai 248 individu telah diperiksa dengan 185 daripada mereka disahkan positif dadah.

“Ujian urin mendapati seramai 182 daripada mereka positif dadah jenis pil kuda manakala dua lagi pula positif dadah jenis heroin,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Muhamad berkata, kebanyakan suspek yang disyaki penagih dadah itu bekerja sebagai buruh dan mereka ditahan di rumah masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini