Ular tedung selar 'istirahat' di ruang tamu - Utusan Malaysia

Ular tedung selar ‘istirahat’ di ruang tamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING 31 Mac – Sebuah keluarga yang sedang beristirehat di ruang tamu sebuah rumah tidak menyedari bahawa mereka ‘ditemani’ seekor ular tedung selar seberat lapan kilogram dalam kejadian di Kampung Haji Abbas di sini semalam.

Bagaimanapun mereka bernasib baik, apabila terdengar bunyi dengusan reptilia berbisa itu dan sempat menyelamatkan diri daripada dipatuk ular yang berada di bawah meja di kawasan itu.

Berikutan itu, keluarga berkenaan menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu.

Memuatkan artikel berkaitan…
Ular tedung selar 'istirahat' di ruang tamu
ANGGOTA APM menangkap ular tedung selar dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Haji Abbas, Baling, Kedah semalam. – UTUSAN ONLINE

Pegawai APM Baling, Mohd Faizol Ab Aziz berkata, ketika anggotanya tiba di rumah tersebut, ular sepanjang 6.3 meter itu bertindak agresif dan berada dalam kedudukan untuk menyerang.

Katanya, mereka mengambil masa lebih 30 minit untuk menangkap ular tersebut

“Reptilia itu cukup agresif sehingga menyebabkan usaha kita untuk menangkapnya menjadi sukar.

“Daripada maklumat awal, mangsa telah mendengar sesuatu bunyi yang agak pelik di bawah meja ketika mereka sedang beristirehat di ruang tamu rumah,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, tiada kecederaan dilaporkan berlaku namun didapati keluarga tersebut masih trauma dengan kejadian itu.

“Ular itu kemudian dibawa balik ke pejabat APM Baling sebelum diserahkan kepada pihak Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara). kita menasihatkan orang ramai agar tidak membiarkan pintu rumah terbuka sehingga boleh mengundang reptilia itu masuk ke dalam rumah,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini