KUALA LUMPUR 31 Mac – Seramai 68 pelajar dan lebih 12 staf Politeknik Merlimau Melaka (PPM) terlibat dalam program bersama komuniti bagi membantu penduduk Serkam Pantai, Merlimau, Melaka, semalam.
Penyelaras Program Tanggungjawab Sosial Politeknik (PSR), Hadijah Kodiron berkata, program anjuran Jabatan Perdagangan PMM itu dianjurkan dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Serkam dan Masjid Serkam Pantai.
“Program bersama komuniti ini melibatkan enam aktiviti utama iaitu Semangat Bersama Ganjaran Menanti, Free Market, melestarikan balai bacaan Kampung Serkam Pantai, melestarikan kawasan rumah penduduk dan kutipan sumbangan.
“Turut diadakan program bengkel pemantapan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui Teknologi IT,” katanya.
Hadijah berkata, penganjuran program yang dirasmikan oleh Penyelaras Japerun DUN Serkam, Muhammad Khomeini Kamal itu diadakan di beberapa lokasi antaranya Masjid Serkam Pantai, kawasan kediaman penduduk dan balai bacaan Serkam Pantai. – UTUSAN ONLINE











