Hayat rakyat Malaysia 'tersekat' akibat NCD - Utusan Malaysia

Hayat rakyat Malaysia ‘tersekat’ akibat NCD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

rakyat Malaysia ketika ini kekal pada sekitar 75 tahun dan tidak dapat dipertingkatkan kerana salah satu puncanya adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD), yang berpunca daripada gaya hidup tidak sihat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ketika ini juga kesedaran masyarakat di Malaysia terhadap NCD serta komplikasinya dilihat masih rendah berbanding rakyat negara lain.

Mengambil contoh darah tinggi serta diabetis, Dzulkefly berkata, 50 peratus pesakit yang dirawat di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menyedari yang mereka menghidapi penyakit berkenaan dan perkara itu amat membimbangkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hari ini, (jangka hayat) rakyat kita sudah ‘tersekat’ untuk satu dekad berbanding negara lain iaitu pada purata umur 75 tahun yang mana individu lelaki biasanya mencapai usia sehingga 73 tahun manakala wanita 78 tahun.

“Sebab utama akibat NCD terutama penyakit darah tinggi, membawa komplikasi serangan jantung, diabetis dan seterusnya berakhir dengan kegagalan buah pinggang; penyakit berkaitan kolestrol serta pelbagai lagi.

“Punca kedua (yang memendekkan jangka hayat) baru kanser,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kampungku Sihat peringkat Parlimen Kuala Selangor di Kampung Bukit Kuching Tengah, Jeram di sini hari ini.

Utusan Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini