Higuain sukar sesuaikan diri di England - Utusan Malaysia

Higuain sukar sesuaikan diri di England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 31 Mac – Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri mengakui bahawa Gonzalo Higuain sukar untuk menyesuaikan diri dengan permainan di dalam Liga Perdana Inggeris.

Penyerang itu membuat tujuh penampilan sejak menyertai pasukan itu secara pinjaman dari Juventus, Januari lalu dan berjaya menjaringkan tiga gol ketika menentang Huddersfield dan Fulham.

Higuain yang menjaringkan 36 gol dalam 35 penampilan bersama Napoli dalam saingan Serie A pada 2015-16 digantikan pada minit ke-66 ketika Chelsea tewas 0-2 kepada Everton sebelum aksi antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad kendalian Sarri akan berdepan Cardiff, malam ini mengekori rapat Manchester United di kedudukan keempat dengan perbezaan empat mata selepas skuad Ole Gunnar Solskjaer menang ke atas Watford.

Ketika ini Chelsea perlu menang kesemua baki perlawanan untuk menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas.

Sarri berharap Higuain akan kembali ke prestasi terbaiknya bagi membantu Chelsea dalam baki lapan perlawanan terakhir serta cabaran suku akhir Liga Europa menentang Slavia Prague.

“Saya mahu melihat dia berada pada tahap terbaik dalam tempoh dua bulan terakhir ini.

“Ketika ini, perkara itu sangat penting dan kami mahukan Gonzalo berada pada tahap optimum.

“Bukan mudah untuk dia menyesuaikan diri dalam saingan di sini. Tahap di sini berbeza, cara permainan berbeza. Saya fikir, untuk seorang penyerang, memang sukar untuk mereka sesuaikan diri dalam saingan Liga Perdana Inggeris dalam tempoh sebulan dua.

“Dia berkata kepada saya bahawa impak fizikal pertahan lawan sangat kuat. Pengadil di sini juga berbeza dengan Itali, ia seperti dunia bola sepak baharu untuk penyerang atau penjaga gol.

“Dia perlukan masa tetapi kami tiada masa. Dia perlu segera sesuaikan diri dalam tempoh dua bulan terakhir ini,” kata Sarri.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini