Amanah dijangka pecat ahli bertanding calon Bebas - Utusan Malaysia

Amanah dijangka pecat ahli bertanding calon Bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 30 Mac – Jawatankuasa Pengurusan Parti Amanah Negara (Amanah) akan mencadangkan supaya ahlinya, Mohd. Nor Yassin yang bertanding atas tiket Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dipecat.

Setiausaha Agungnya, Mohd. Anuar Mohd. Tahir berkata, berdasarkan semakan keahlian, Mohd. Nor merupakan ahli Amanah yang baru menyertai parti itu.

“Saya mengambil maklum laporan berkaitan calon Bebas bagi PRK Rantau yang menimbulkan kekeliruan mengenai status keahlian parti politiknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menurut tatacara perlembagaan Amanah, Jawatankuasa Pengurusan parti akan mencadangkan pemecatan beliau kepada Jawatankuasa Tatatertib kerana telah bertanding tanpa menerima watikah pelantikan calon daripada parti.

“Sementara menanti keputusan jawatankuasa itu, semua ahli dan penyokong Amanah yang bertugas dalam PRK Rantau diarahkan hanya membantu kempen calon Pakatan Harapan, Dr. S. Streram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Mohd. Nor, Streram, Datuk Seri Mohamad Hasan (Barisan Nasional) dan seorang lagi calon Bebas, R. Malarvizhi.

Mohd. Nor yang merupakan bekas ahli Pas mendakwa bertanding kerana mahu menegakkan kepemimpinan Islam dan berharap ahli Pas mengundinya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini