Liga Super: PKNP FC peroleh kemenangan pertama - Utusan Malaysia

Liga Super: PKNP FC peroleh kemenangan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI MANJUNG – Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) meraih kemenangan sulung dalam saingan Liga Super apabila menundukkan Kuala Lumpur 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah bermula garang membelasah Kuala Lumpur seawal minit ke-7 apabila Yashir Armando Pinto dengan tenang menendang bola masuk ke gawang lawan selepas mendapat hantaran daripada Kapten pasukan, Mohamad Hafiz Ramdan.

PKNP FC mula menjarakkan kedudukan kepada 0-2 apabila pemain tengahnya, Thomas Abbey menghantar bola kepada G. Mugenthiran sebelum dirembat masuk ke gawang Kuala Lumpur menewaskan penjaga gol, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli pada minit ke-32.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nasib malang menimpa pasukan pelawat apabila pemain pertahanan, Mohd. Firdaus Mohd. Fadzi dihadiahkan kad merah selepas dia mengasari pemain pertahanan PKNP FC, Muhamad Farid Nezal pada minit ke-35.

Bersambung babak kedua, PKNP FC terus mengasak pasukan pelawat dan mereka mendapat jaringan ketiga pada minit ke-63 akibat kesilapan pemain pertahanan Kuala Lumpur sebelum jaringan disempurnakan Giancarlo Lopes Rodrigues.

Episod malang sekali lagi menghantui Kuala Lumpur apabila pemain gantian mereka, Zaiful Abdul Hakim dilayangkan kad kuning kedua selepas menjatuhkan Hafiz Ramdan dan diperintahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan, Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim pada minit ke-72.

PKNP FC berpesta gol selepas mendapat satu lagi jaringan apabila Giancarlo Lopes mudah menyepak masuk bola ke gawang Kuala Lumpur pada minit akhir perlawanan.

Tamat perlawanan, PKNP FC menewaskan Kuala Lumpur dengan jaringan 4-0 di hadapan lebih 800 penyokong. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini