Speedy Jantan kecewakan saya - Lalu - Utusan Malaysia

Speedy Jantan kecewakan saya – Lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mac – Raja pecut Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia 2019, Lalu Muhammad Zohri dari Indonesia akui terkilan tidak dapat bersaing dengan jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan biarpun memenangi 100 meter (m) kejohanan itu, hari ini.

Bagi juara remaja dunia itu, memenangi kejohanan ini bagaikan tidak memberi makna besar kepada dia tanpa aksi Khairul.

Dalam saingan akhir 100m GP Terbuka Malaysia, Lalu meraih kemenangan dengan catatan 10.20 saat (s) menewaskan atlet negara Muhd. Zulfiqar Ismail yang mencatat 10.41s di tempat kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pingat gangsa menjadi milik Wei-Hsu Wang dari Taiwan dengan catatan 10.44s.

Kata Lalu, 19 tahun, dia hadir menyertai kejohanan ini kerana mahu bersaing dengan pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 namun hampa kerana Khairul menarik diri berikutan belum pulih daripada kecederaan.

“Dia (Khairul) adalah pencabar terdekat saya ketika ini kerana kami mempunyai catatan masa peribadi terbaik yang sama 10.18s.

“Saya memang ingin sangat bertemu Khairul dalam kejohanan ini namun hampa kerana saya difahamkan dia cedera, saya doakan dia segera pulih.

“Harapan saya di Sukan SEA 2019 dapat bersaing menentang Khairul,” kata Lalu.

Sementara itu dalam saingan 100m wanita akhir menyaksikan atlet Kyrgyzstan, Bulanova Anna muncul pemenang pingat emas dengan catatan 11.75s manakala pingat perak milik Chia Chen Hu dari Taiwan, 11.89s.

Atlet negara, Siti Fatimah Mohamad meraih pingat gangsa dengan catatan 11.91s.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini