Federer ke final Terbuka Miami - Utusan Malaysia

Federer ke final Terbuka Miami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI 30 Mac – Roger Federer melangkah ke final Terbuka Miami selepas mudah menyingkirkan Denis Shapovalov.

Federer yang sedang memburu kejuaraan keempat di Miami menundukkan pemain Kanada itu 6-2, 6-4.

Kejayaan itu menyaksikan bekas pemain No.1 dunia yang memiliki kekuatan pukulan kilas itu akan membuat perhitungan terakhir dengan John Isner bagi perebutan kejuaraan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Shapovalov jelas gugup ketika Federer mula mengorak langkah dalam permainan ketiga dan meneruskan aksi garang itu untuk mendahului 4-1.

Pemain berusia 19 tahun itu memaparkan beberapa pukulan balas menarik tetapi gagal menandingi kecemerlangan Federer dalam aksi di Miami Gardens.

Bagaimanapun, ia hanya dapat menunda seketika kemenangan Federer yang menamatkan set itu dengan kemenangan dalam tempoh 35 minit.

Shapovalov wajar diberikan pujian kerana tidak berputus asa untuk melakukan pukulan terus yang memberikan sedikit kesukaran buat Federer dalam mata akhir bagi menempah aksi final kelimanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini